:: saya sayang awak sangat-sangat ::

HAI JANGAN LUPA FOLLOW YER !! TQ =)
BULANCUMIL.com

Wednesday, May 18, 2011

` NILAI KASIH IBU `

Seorang  anak  mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yan dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos Upah Membantu Ibu :

  1. Tolong pergi kedai       RM 4.00
  2. Tolong jaga adik          RM 4.00
  3. Tolong buang sampah RM 1.00
  4. Tolong kemas bilik        RM 2.00
  5. Tolong siram bunga      RM 3.00
  6. Tolong sapu sampah    RM 3.00
Jumlah                         :RM 17.00

Selesai membaca, si ibu senyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulus sesuatu di belakang kertas yang sama.

  1. Kos mengandungkan mu selama 9 bulan   - PERCUMA
  2. Kos berjaga malam kerana menjagamu     - PERCUMA
  3. Kos airmata yang menangis kerana mu      - PERCUMA
  4. Kos Rungsing kerana bimbangkan mu       - PERCUMA
  5. Kos menyediakan makan, minum, pakaian - PERCUMA
 Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku              - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "telah dibayar".