Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yan dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos Upah Membantu Ibu :
- Tolong pergi kedai RM 4.00
- Tolong jaga adik RM 4.00
- Tolong buang sampah RM 1.00
- Tolong kemas bilik RM 2.00
- Tolong siram bunga RM 3.00
- Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah :RM 17.00
Selesai membaca, si ibu senyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulus sesuatu di belakang kertas yang sama.
- Kos mengandungkan mu selama 9 bulan - PERCUMA
- Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
- Kos airmata yang menangis kerana mu - PERCUMA
- Kos Rungsing kerana bimbangkan mu - PERCUMA
- Kos menyediakan makan, minum, pakaian - PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "telah dibayar".
No comments:
Post a Comment